| Title |
SMK PASIR GUDANG 1 |
| Vote score Analysis |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
| 1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
10 |
|
| URL |
http://www.smkpg1.com/index.html |
| Poll |
Poll Num : 0, Poll Ave : 0.00 |
| Uptime |
06-04-2008 |
| ETC |
Hits : 529, Visit : 0, Commnet : 0 |
| Email |
asedshafie@hotmail.com |
Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang mula beroperasi pada 1982 dengan menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Gudang (1).
Pentadbiran adalah dibawah Pengetua SMK Dato’ Penggawa Timur, Masai. Berpindah ke bangunan sekarang pada 1 Julai 1982. Keluasan kawasan adalah seluas 14 ekar, mengandungi blok Pentadbiran, blok Pendidikan, bengkel Kemahiran Hidup dan kantin.
Pentadbiran di pindahkan dari sekolah induk pada
Januari 1984 dengan pengetua pertama Encik Amat Aris bin Atlan. Pengetua yang pernah bertugas di sekolah ini adalah Encik Mahindeer Singh (wakil pengetua Januari 1982-Disember 1983), Encik Amat Aris bin Atlan (Januari 1984-Disember 1987), Encik Ahmad Parman (Januari 1988-Januari 1981), Encik Zakaria bin Abdul Syukur (Feb 1991 – November 1994), Encik Yong Siew Ju (Disember 1994-Januari 1998), Cik Hajah Azizah binti Atan (Februari 1998-Disember 1999) dan Cik Zaiton binti Idris (Disember 1999 hingga sekarang).
Kini pengetua bagi SMKPG1 adalah Cik Zaiton binti Idris, Staf Akademik 77 orang, Staf sokongan 10 orang, jumlah pelajar 1265 orang.
Lokasi Sekolah
SMKPG terletak dalam bandar industri Pasir Gudang yang terkenal sebagai Bandar Dalam Taman yang terkenal di negeri Johor.
Sekolah ini terletak berhampiran dengan Kompleks Pusat Bandar dan Pusat Perdagangan Pasir Gudang. Ianya dikelilingi oleh kilang-kilang yang menghasilkan pelbagai jenis produk dan Pelabuhan Johor.Petempatan yang paling hampir dengan sekolah ini ialah Quarters TNB. |
|
|